Selamat Hari Polis 201
Selamat Hari Polis utk semua warga polis di Malaysia..utk cousin2 aku yg jd polis tuh…semOga sentiasa berkhidmat utk negara :))
Sejarah Polis di Malaysia
Peranan polis telah wujud sejak adanya undang-undang di Zaman kesultanan Melayu Melaka. Melaka adalah sebuah kerajaan Melayu yang tertua. Undang-undang kanun Melaka merupakan antara undang-undang kepolisan terawal di Malaysia dan ia dikuatkuasakan oleh institusi Temenggong dan para Hulubalang Sultan. Tidak dapat dinafikan bahawa telah wujud institusi pegawai yang mempunyai fungsi-fungsi polis sejak Kerajaan Hindu Majapahit dan Empayar Buddha Sri Vijaya. Semasa ketiadaan Sultan Melaka ketika itu diperintah oleh Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, Bendahara mempunyai kuasa mutlak sebagai Majistret untuk menjatuhkan hukuman. Temenggung pula bertindak sebagai pegawai, misalnya Ketua Polis. Tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-hukuman. Selain Temenggung, para Penghulu juga mempunyai "pasukan polis" masing-masing, bertindak sebagai Ketua Polis Balai. Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai dan penguatkuasaan undang-undang dan menjaga keselamatan kampung. Temenggung yang dilantik oleh raja dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung yang mempunyai seorang pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat. Sistem kepolisan Melaka berkubur apabila pada 10 Ogos 1511, armada Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque berjaya menakluki Melaka.
Tugas-tugas kepolisan dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511 Melaka telahpun menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan". Pada 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka juga turut berakhir dengan penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuan beberapa askar-askar negeri Johor, ketika Portugis berperang dengan Acheh. Belanda turut memerintah Melaka dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem ‘Kapitan’ yang diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis yang dinamakan ‘Burgher Guard’ ditubuhkan apabila penduduk Eropah bertambah dan perlunya menubuhkan sepasukan polis. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah orang-orang Melaka. Bertanggungjawab kepada Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu juga menjalankan tugas-tugas polis semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda.
Organisasi polis termoden di Malaysia bermula pada 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang. Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis.
Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran `Diraja’ kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.![]()