September 1st, 2008 by sinchan266
Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari…
Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian
Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu…
Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa
Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur
Kusunting dirimu
Kan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh subur mewangi
Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur menguntum ditaman hati
Kau hilang dan semakin jauh
hujung dunia kita berjumpa
Posted in Music | No Comments »
August 27th, 2008 by sinchan266
Selamat menyambut Merdeka & Selamat menjalani ibadah puasa "
"
ku pernah punya cinta
namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu "
Posted in Uncategorized | Comments Off
April 1st, 2008 by sinchan266

Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya bonekan yang enkau sering mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahlah engkau fikirkan
Cukuplah cukup oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua
Posted in Uncategorized | Comments Off
March 24th, 2008 by sinchan266
Selamat Hari Polis utk semua warga polis di Malaysia..utk cousin2 aku yg jd polis tuh…semOga sentiasa berkhidmat utk negara :))
Sejarah Polis di Malaysia
Peranan polis telah wujud sejak adanya undang-undang di Zaman kesultanan Melayu Melaka. Melaka adalah sebuah kerajaan Melayu yang tertua. Undang-undang kanun Melaka merupakan antara undang-undang kepolisan terawal di Malaysia dan ia dikuatkuasakan oleh institusi Temenggong dan para Hulubalang Sultan. Tidak dapat dinafikan bahawa telah wujud institusi pegawai yang mempunyai fungsi-fungsi polis sejak Kerajaan Hindu Majapahit dan Empayar Buddha Sri Vijaya. Semasa ketiadaan Sultan Melaka ketika itu diperintah oleh Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, Bendahara mempunyai kuasa mutlak sebagai Majistret untuk menjatuhkan hukuman. Temenggung pula bertindak sebagai pegawai, misalnya Ketua Polis. Tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-hukuman. Selain Temenggung, para Penghulu juga mempunyai "pasukan polis" masing-masing, bertindak sebagai Ketua Polis Balai. Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai dan penguatkuasaan undang-undang dan menjaga keselamatan kampung. Temenggung yang dilantik oleh raja dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung yang mempunyai seorang pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat. Sistem kepolisan Melaka berkubur apabila pada 10 Ogos 1511, armada Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque berjaya menakluki Melaka.
Tugas-tugas kepolisan dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511 Melaka telahpun menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan". Pada 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka juga turut berakhir dengan penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuan beberapa askar-askar negeri Johor, ketika Portugis berperang dengan Acheh. Belanda turut memerintah Melaka dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem ‘Kapitan’ yang diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis yang dinamakan ‘Burgher Guard’ ditubuhkan apabila penduduk Eropah bertambah dan perlunya menubuhkan sepasukan polis. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah orang-orang Melaka. Bertanggungjawab kepada Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu juga menjalankan tugas-tugas polis semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda.
Organisasi polis termoden di Malaysia bermula pada 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang. Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis.
Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran `Diraja’ kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.
Posted in Uncategorized | Comments Off
March 5th, 2008 by sinchan266
pg tadi aku tgk UEFA champions league Chelsea vs Olympiacos yg berkesudahan 3-0.ngantOks giler ni..huhuhu…mao x nantOk..pg semalam aku tgk game AC Milan vs Arsenal..sambil2 tu aku tgk gak la game Manu vs Lyon.. Ape2 pn aku hepi cz Chelsea menang :))
Chelsea!!!
Chelsea!!!
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
March 3rd, 2008 by sinchan266
Yeyyy!!! aku dh bole guna semula no 019 aku…bukan ape…aku nk bgtaO yg aku dh beli hp baroo…hehehehehhe…aset 1st salary aku nih…x de la hp canggih benor tp yg pting aku dh leh guna 019 aku semula..b4 ni no tu aku x guna sgt cz hp terlalu kritikal…tu yg aku malas nk guna…so skg aku dh bole la guna 019…jimat utk aku sms kengkawan yg guna 013/019 :))
Kepada kengkawan yg guna 013/019 leh la contact 019 aku k….bkn ape..utk penjimatan laa…..huhuhuhu
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
February 28th, 2008 by sinchan266
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 24th, 2008 by sinchan266
Pagi2 Ahad ni aku bangun lewat sikt la…ye la..lagi pn penat jalan2 semalam ha..Aku mengemas bilik ala kadar je ari ni…Kul 10 lbh tu ade kwn k.izan dtg umah…Aku bersiap2 nk g Kajang ha….ari ni ade kenuri umah Tih.. .dlm kul 11lbh camtu aku pn bergerak la ke Kajang…sampai kat depan umah tu aku tgk ade makanan fav aku tgh berpusing2 jer…huhuhu..besa la…bbq lamb…teruja aku dibuatnyer…
Aku rase org tgh baca doa kat dalam umah…aku masuk ikot pintu belakang…x lama lps tu makan time….mula2 kaum2 lelaki la lu makan ha…pastu dlm kul 12 lbh tu lak utk kaum2 hawa lak…aku pn tolong la gak ape2 yg patut…tapi yg penting aku isi perot aku lu…huhuhuhu…makanan sumer sedap2 ha..- non stop…asyik makan jer…pas mkn tu aku tlg la gak nyeboks2 wat keje…hehhehehehe…
Lama gak la aku kat umah tu…dlm kul 3 lbh baru aku balik…siap tapau lagi ha…hehehehehhe…besa la…sampai umah tu aku nk berehat sepuas2nyer….ape lagi…amik bantal..tedo laa….dh maghrib baru aku bangun….syiok la cz aku tgh cuti solat ha….bangun2 aku terus mandi ..mkn ape yg aku bawak balik td pastu layan tv…sampai la ke tgh mlm ha…
Mlm ni Final Carling Cup, Chelsea vs Totteham Hotspurs…..pertarungan mmg sengit sehingga bawak ke extra time ha….tapi kemenangan berpihak kpd Spurs….2-1.abis bola …aku tedo…sok nk keja ha…huhuhuhuhuhu
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 24th, 2008 by sinchan266
Ari ni aku g keje naik mOtOr…Lps keje tu aku singgah jap kat Amcorp nk tgk2 ape yg ade kat HotFm Big Jam tu….mase tu x de ape sgt la…tp org ramai dh gak…cuaca panas giler haa…aku g jumpe k.izan jer ha..dia ari ni kena keje kat situ ha…jual iTalk…huhuhuhuhu..
Balik umah aku masak nasi..pas makan cadangnyer nk tedo…tp x leh tedo pn…dalam kul 5 lbh camtu mcna amik aku…kitaorang nk g jalan2 @ Jusco Bkt Tinggi ,Klang.ni 2nd time aku dtg haa…mmg besar giler tempat nih…kitaorang g shoping tingkap jer…huhuhuhu…lenguh2 gak la kaki berjalan haa…sib baik aku pakai kasut..Besa la bila dh byk berjalan…perOt pn lapor la…tgk kat FoodcOurt ramai gak org…tapi kitaorg g makan kat TCRS.after makan tu g jalan2 lagi…kuar2 dr situ dh malam…
Otw balik tu kitaorang singgah kat Sunway Pyramid…mase tu aku tgk mcm ade konsert yg mybe dianjurkan oleh BN / MCA ..besa la dkt2 nk mengundi nih…kitaorang park kat luar…itupn jenuh gak la pusing2 ha…besa la mlm minggu…last2 kitaorang dapat parking depan CIMB…kitaorang berjalan la sikit ke Pyramid tuh…nk g sekejap jer tgk2 n amik gambO…tp gambo x sempat nk upload lagik…hehehhehe…
Otw nk balik ke kereta tu…kitaorang dgr bunyik mcm bunga api…so kitaorang pn pegi la kat depan pintu masuk pyramid tu…mmg ade bunga api ha….lama gak la…mmg besh giler tgk ha…lagi lama aku rase mase sambut New Year…dh abih kitaorang pn balik aa…..
mase dh nk sampai kat keta..mcna pn "tik tOk" la alarm keta dia…aku jalan depan dia..sampai2 aku nampak pintu tempat aku tu terbukak..jantung aku tiba2 dup dap2…aku ke yg dh bukak pintu tu? eh! tapi aku blom sampai kat keta lagi?? adus!!!…mcna pn dia terkejeut gak bila tgk pintu keta terbukak ha…siap g patah balik tgk plate no..mmg sah keta dia…apa lagi…terus kitaorang melulu tgk kot2 ade ape yg ilang…Alhamdulillah…x de ape2 yg ilang…mybe setan tu baru nk mulakan keje dia ha…aku rase mybe setan tu nk amik cd player…tp malangnyer keta mcna tu mane ade cd player ha…yg aku sakit ati tu…berani betul setan tu wat keje ha…padahal tpt tu ramai org ha…licik lak tu ha….tapi mmg bersyukur sgt x de apa2 yg ilang..watnyer sampai2 kat situ tgk2 keta x de ha…mmg haru ha…so…selalulah lock stering keta anda sumer …at least kalo org nk curik keta amik mase sikit la nk bukak stering lock tuh….pastu kitaorang g minum kat Nariza jap…bkn ape…nk tenteramkan ati masing2….balik tu aku pn dok ingat2 lagi kejadian tu…harap2 x serik la nk g berjalan2 lagi…cuma nyer kena sentiasa beringat je la….mende kalo dh nk jadik…x kire mase haa….
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 24th, 2008 by sinchan266
Movie again!!!!Last Fri aku g tgk Jumper @ TGV Sunway Pyramid..Ct dtg amik aku kul 8 lbh…sampai jer kat TGV tgk ramai gak la org ha…show hanya tinggal yg kul 11:20pm…nk x nk beli gak la…perghh…lama gak la nk kena tggu…
Sementara nk abiskan mase tu kitaorang g la mkn McD…pastu jln2 dlm pyramid tu ha….kitaorang g Megalanes…aku rindu gak la ngn tpt ni cz dulu2 aku ni mmg suke main bowling…siap ade bola bowling lagi tu..p/s : cik putih…bila lagi kite nk beraksi ngn bola kite tu ek? huhuhuhu)
Cukup mase kitaorang pn masuk panggung…ape lagi ..Layannnn….
Rating : ***
Posted in Books | 1 Comment »